Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang
bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain
berbunyi:
Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,
maka ia tertolak
DISKUSI:
a) Dalam Ibadat :
Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam
ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)
Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup
pintu taubatnya.
Menongkok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empatempat)
Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).
b) Dalam Muamalat :
i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).
‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa
izinnya).
Tuesday, June 21, 2011
Sunday, June 12, 2011
HADIS 4
Ingatlah di mana asal usul mu wahai hamba Allah.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani,
kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama,
kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama,
kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat;
iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.
Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.
Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Subscribe to:
Posts (Atom)